|
Apakah Isa cuma seorang nabi atau Dia lebih daripada itu?
Sesetengah orang mendakwa bahawa Isa cuma seorang nabi dan guru yang agung. Ada pula yang menganggap Dia sebagai pembohong,
bahkan orang gila. Tetapi berjuta-juta orang pula mengalu-alukan-Nya sebagai Penyelamat dan Allah. Tidak kira apakah orang
mengatakan tentang Isa, tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa seluruh sejarah manusia berkisar pada Dia.
Catatan alkitabiah tentang hidup Isa menunjukkan bahawa Dia dilahirkan oleh seorang dara. Dia menjalani hidup yang tidak berdosa,
mengajar di seluruh Palestin selama lebih kurang tiga tahun, disalib dan tiga hari kemudian membangkit semula daripada kematian.
Alkitab mencatatkan bahawa lebih daripada 500 orang melihat Isa selepas kebangkitan-Nya. Bagaimanakah seorang manusia semata-mata
dapat menjalani hidup sebegini? Semua mukjizat yang Isa melakukan, kematian-Nya di atas salib, kebangkitan-Nya, kenaikan-Nya
ke syurga -- semua ini membuktikan bahawa Dia memang bukan seorang pemimpin biasa.
Beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Isa, para nabi telah bernubuat tentang-Nya. Perjanjian Lama yang ditulis oleh
ramai orang dalam jangka masa 1,500 tahun, mengandungi lebih daripada 300 nubuat. Malahan setiap butir terperinci pun menjadi
kenyataan, termasuk kelahiran-Nya, hidup suci-Nya, mukjizat-Nya, kematian-Nya dan kebangkitan-Nya.
Isa bukan sahaja mendakwa bahawa Dia berkuasa untuk mengampunkan dosa, mengusir syaitan, dan menentukan destinasi kekal seseorang.
Dia juga mendakwa bahawa Dia adalah Tuhan! Dakwaan-Nya ini menyebabkan para pemimpin agama dan politik begitu marah sehingga
mereka mencari jalan untuk menyalibkan Dia. Mereka mengebumikan-Nya, dan tiga hari kemudian, Dia membangkit daripada kematian.
Apa yang menyebabkan agama Kristian unik ialah kebangkitan Isa. Bahkan kesahan agama Kristian bergantung pada bukti kebangkitan
Isa. Jika kebangkitan tidak pernah berlaku, maka iman Kristian adalah berdasarkan suatu bohong, dan manusia tidak memiliki
harapan sebenar untuk hidup kekal selepas kematian. Tetapi jika kebangkitan Isa itu benar, maka kita hanya perlu mempercayai
Isa sebagai Penyelamat dan Allah untuk mengalami kasih dan pengampunan-Nya.
Berabad-abad lamanya, kebanyakan cendekiawan agung yang pernah mempertimbangkan bukti-bukti kebangkitan Isa, mempercayai bahawa
Dia hidup.
Bagi anda, siapakah Isa dari Nasaret?
Bagaimana anda menjawab soalan ini menentukan hidup anda sekarang dan juga untuk selama-lamanya. Temuilah bagaimana anda dapat
mengenali Isa Al Masih secara peribadi dan apakah yang Dia telah melakukan supaya anda boleh hidup bersama Dia untuk selama-lamanya.
From : www.whoisjesus-really.com
|